PENJAGA gawang Argentina, Emiliano Martinez merupakan calon pilihan bagi merangkul anugerah penjaga gol terbaik pada Anugerah Fifa.

Turut sama tersenarai bagi kategori tersebut ialah penjaga gawang dari Maghribi, Yassine Bounou dari Maghribi dan penjaga gawang Belgium, Thibaut Courtois.

Martinez menyinar pada Piala Dunia apabila memainkan peranan penting pada penentuan penalti Piala Dunia ketika negaranya menewaskan Perancis.

Bagaimanapun dia mencetuskan kontroversi dengan perlakuan kurang sopan pada majlis penyerahan trofi selaku penjaga gol terbaik kejohanan.

Bounou pula beraksi cemerlang bersama Maghribi apabila mereka menjadi pasukan Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia manakala Courtois dilihat menjadi arkitek kepada kejayaan Real Madrid meraih gelaran ke-14 Liga Juara-Juara walaupun Belgium mungkin melalui aksi buruk dalam Piala Dunia 2022.

Bagi kategori wanita pula, tiga penjaga gol dicalonkan ialah wakil Jerman, Ann-Katrin Berger, Mary Earps dari England dan penjaga gawang Chile, Christiane Endler.

Anugerah Fifa akan berlangsung di Paris pada 27 Februari nanti.