PERSATUAN Renang Malaysia (MAS) menghargai sumbangan Ng Yan Yee atau lebih dikenali sebagai Wendy Ng, sepanjang bergelar atlet terjun negara.
Setiausaha Agung MAS, Andy Low dalam satu kenyataan berkata, sumbangan Wendy kepada negara, khususnya sukan terjun, suatu yang tidak ternilai.
“Pencapaian Wendy melangkau tempoh perkhidmatannya dengan MAS dan Majlis Sukan Negara (MSN).
“Sebagai atlet terjun, dia telah mewakili negara kita dalam beberapa Sukan Olimpik, mempamerkan bakat dan dedikasi yang luar biasa.
“Apabila dia bersara, kami meraikan perjalanan luar biasanya dan mendoakan kejayaan berterusan buatnya di masa hadapan,” kata Andy.
Menurutnya, MAS berterima kasih, atas perkhidmatan cemerlang Wendy sepanjang mewakili Malaysia dengan penuh perasaan bangga.
Wendy memulakan perjalanan sebagai atlet pada usia 13 tahun namun sebagai atlet gimrama namun bakatnya dikesan jurulatih terjun kebangsaan ketika itu, Yang Zhuliang, yang berasakan fizikalnya sesuai untuk sukan terjun.
Selain cemerlang menghadiahkan tujuh pingat emas di pentas Sukan Sea sejak 2011 hingga 2021, Wendy dilihat cukup mahir dalam acara terjun papan anjal, turut menghadiahkan empat pingat perak kepada negara di pentas Sukan Asia, 2010, 2014, 2018 dan 2022, selain satu perak di Sukan Komanwel Brimingham 2022.
Malah, dia juga mewakili negara di pentas tertinggi Sukan Olimpik London 2012, Rio 2016 dan Tokyo 2020.
ARTIKEL BERKAITAN : Selamat tinggal sukan terjun… Wendy Ng Yan Yee umum bersara