HOO Pang Ron berasa sudah tiba masanya untuk dia dan Cheng Su Yin menonjol dan mencipta kejutan demi kejutan.
Pasangan beregu campuran nombor dua Persatuan Badminton Malaysia (BAM), yang digandingkan November tahun lalu, melangkah ke pusingan kedua Masters Malaysia, selepas berjaya mengatasi Hung Kuei Chun-Tsang Hiu Yan dari Hong Kong 21-16, 25-23.
“Sudah tentu saya mahu lakukan breakthrough di kejohanan ini.
“Esok saya akan lawan pilihan kedua dan saya rasa tiada tekanan berdepan mereka. Saya pernah berada di sana (tahap tinggi) dan semoga dapat memimpin dia (Su Yin)dan mengejutkan lawan,” kata Pang Ron.
Di pusingan kedua esok, Pang Ron-Su Yin akan berdepan pemain nombor 11 dunia dari Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje.
Dalam pada itu, Su Yin mengakui agak gementar beraksi di Masters Malaysia keduanya tahun ini.
“Ini adalah beregu campuran pertama saya di Masters Malaysia, memang gementar sedikit.
“Tapi Pang Ron banyak bantu saya dalam gelanggang,” kata Su Yin.
Pencapaian terbaik gandingan terbabit tahun ini di Masters Orleans apabila mara ke separuh akhir.