BINTANG Manchester United, Antony Matheus diketepikan dari skuad kebangsaan Brazil berikutan dakwaan bahawa dia melakukan kekejaman  ke atas bekas kekasihnya Gabriela Cavallin.

Sususlan daripada itu, teman wanita terkini pemain itu Rosilene Silva dilaporkan juga telah keluar dari kediamannya di Cheshire.

Bagaimanapun pemain berusia 23 tahun itu menafikan segala tuduhan yang dilemparkan oleh Cavallin.

Matheus dengan tegas mengeluarkan kenyataan di platform media sosialnya, “Saya mendakwa sekeras-kerasnya bahawa tuduhan ini adalah palsu.

Cavallin telah mendakwa bahawa Antony telah menyerangnya ketika dia sedang hamil, merosakkan implan payudaranya, melukakan tubuhnya, dan mengancam untuk menghalaunya keluar dari kereta yang sedang dipandu laju.

Sebelum ini, Cavallin telah membuat laporan polis tentang kejadian keganasan rumah tangga, kecederaan fizikal dan ancaman kepada pihak berkuasa di Sao Paulo pada Jun lalu.

Dia turut berkongsi bukti keganasan yang dihadapinya termasuk tangkapan layar skrin perbualan WhatsApp serta gambar-gambar kecederaannya yang mengerikan.

Teman wanita Matheus dilihat meinggalkan kediamannya di Cheshire selepas timbul dakwaan pemain itu melakukan kekasaran terhadap bekas kekasihnya,

Menurutnya, serangan terakhir itu berlaku pada bulan Mei apabila Antony mengancamnya dengan gelas dan dia terpaksa melukakan jarinya sendiri dalam usaha mempertahankan diri.

Berikutan itu, Brazil membuat keputusan mengeluarkan Antony daripada pasukannya yang akan bertanding dalam kelayakan Piala Dunia menentang Bolivia dan Peru.