SKUAD bola sepak negeri yang menjuarai Piala Malaysia pada 1995 ditawar Rumah Idaman Selangor bernilai RM250,000.
Simbolik penyerahan kunci rumah disampaikan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari kepada pemain dan wakil sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Selasa malam.
Pada 24 Jun tahun ini, Amirudin memaklumkan bekas pemain skuad Selangor yang menjulang Piala Malaysia pada 1995 menerima tawaran Rumah Idaman Abadi di Kajang 2, mukim Semenyih.
[TERKINI] YAB MB @AmirudinShari umum tunai janji kerajaan negeri terdahulu yang tertunggak selama 27 tahun untuk memberi sebuah rumah kepada setiap anggota pasukan bola sepak Selangor 1995.
— Media Selangor (@Media_Selangor) August 30, 2022
Pada November 1995, pasukan Selangor menjuarai Piala Malaysia buat kali ke-28 selepas menewaskan Pahang dengan jaringan 1-0 di Stadium Shah Alam.
Susulan itu, kerajaan negeri ketika itu menjanjikan ganjaran sebidang tanah berkeluasan 0.4 hektar kepada setiap pemain dan pegawai pasukan Selangor.
Simbolik penyerahan kunci rumah disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri @AmirudinShari kepada wakil pemain sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. pic.twitter.com/TzFc6qknBU
— Media Selangor (@Media_Selangor) August 30, 2022