MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengucapkan tahniah atas kejayaan Selangor FC mara ke peringkat separuh akhir Piala FA 2022 selepas membenam Sabah FC pada Sabtu malam.

“Tahniah diucapkan kepada pasukan Selangor FC di atas kemenangan 2-0 di perlawanan suku akhir Piala FA.

“Teruskan momentum kejayaan ini hingga dapat menjulang kejuaraan Piala FA musim ini, Insya-Allah,” katanya menerusi Twitter.

Merah Kuning tampil dengan semangat berbeza di Stadium Likas selepas berjaya mendapat gol seawal 25 saat permainan menerusi Hyuri Henrique.

Disiplin yang baik dipamerkan para pemain menjadi faktor kejayaan Gergasi Merah melakar kemenangan bergaya di bumi Sabah dengan melengkapkan gol kedua menerusi Herlison Caion pada minit ke-81.