DUA jaringan Kylian Mbappe ketika membantu Paris Saint-Germain menang 3-0 ke atas Marseille, melonjakkan namanya sebagai penjaring terbanyak Ligue 1.

Jaringan di tempat lawan itu menyaksikan Mbappe meledak gol ke-200 dirinya untuk dan berkongsi rekod penjaring terbanyak kelab.

Mbappe menjaringkan kedua-dua golnya di Velodrome hasil umpanan Lionel Messi selain turut membantu bintang Argentina itu menjaringkan satu lagi gol PSG yang kini melebarkan jurang kepada lapan mata di puncak liga.

Ia adalah keputusan dan persembahan yang menebus prestasi buruk mereka sejak beberapa minggu lalu.

Mbappe mencatat gol ke-200 untuk PSG menerusi aksi kurang daripada 250 penampilan sejak berpindah dari Monaco pada tahun 2017.

Mbappe jaringkan dua gol dan satu asist, Messi melakukan dua asist membantu jaringan Mbappe ketika PSG menang 3-0.

Pemain 24 tahun itu kini menyamai rekod bekas rakan sepasukan, Edinson Cavani yang menjadi penjaring terbanyak kelab itu.

“Dia amat pantas tetapi ia bukan saja berkenaan kakinya, kelajuan ketika dia melakukan sesuatu amat luar biasa.

“Malam ini dia menyamai rekod cemerlang Edinson Cavani dan dia pasti akan mengatasinya,” kata pengendali PSG, Christophe Galtier.

Mbappe mendahului senarai penjaring Ligue 1 musim ini dengan 17 gol dan dia sudah mengumpul 29 gol daripada 29 perlawanan dalam semua pertandingan sejak kempen bermula.

Sementara itu Messi, mengumpul 12 gol liga musim ini dan membantu 12 lagi jaringan, dan pastinya PSG tidak terasa kehilangan Neymar yang cedera buku lali ketika aksi menentang Lille minggu lalu. – Agensi