PEMAIN penyerang, Kylian Mbappe menuntut pakej gaji bernilai  £206 juta (RM1,221 bilion) sekiranya diminta untuk meninggalkan kelabnya, Paris Saint Germain (PSG) pada musim ini.

DailyMail melaporkan, masa depannya bersama kelab PSG juga masih belum dapat dipastikan memandangkan sebelum ini, Mbappe membuat keputusan untuk meninggalkan kelab tersebut setelah tamat kontrak pada bulan Jun 2024.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Mbappe tidak menunjukkan sebarang aksi ‘sengatnya’ di kelab Perancis sekali gus perpindahan bekas pemain Lionel Messi ke kelab lain menjadi faktor utama dia tidak memperbaharui kontrak perjanjiannya.

Real Madrid menjadi salah satu kelab yang dikatakan mahu melamar Mbappe dan dikatakan berpotensi untuk membayar gaji £893,000 setiap minggu apabila pemain itu mengumumkan untuk tidak memperbaharui kontraknya.

Mbappe mahu cari angin baharu bersama kelab luar Perancis.

Namun begitu, Real Madrid yang merupakan ‘pemburu setia’ Mbappe berpendapat, tidak melihat perpindahan akan berlaku kepada pemain itu pada tahun ini sehingga habis kontrak sejak dia mengumumkan akan meninggalkan kelab PSG.

Bersama kelab PSG, Mbappe mencipta rekod dengan menjaringkan sebanyak 41 gol dalam 43 perlawanan serta menambah 13 gol lagi untuk Les Bleus dalam 12 bulan terakhir termasuklah memenangi Kasut Emas di Piala Dunia di Qatar.

Real Madrid tidak melakukan sebarang perpindahan terhadap Mbappe sehingga kontraknya habis 

 

Mbappe mengucup trofi Piala Dunia yang dimenangi pada 2018