BINTANG golf terkenal, Rory McIlroy akan melonjak semula ke ranking Nombor 1 dunia sejak 2020, selepas mempamerkan aksi sempurna ketika mempertahan Piala CJ di South Carolina, Amerika Syarikat (AS).

McIlroy merekodkan empat bawah par 67 pukulan pada hari terakhir di Lapangan Kelab Golf Congaree, hasil empat birdie pada sembilan lubang terakhinya, sekali gus membantu dia menjarakkan diri dari kelompok pemain yang mengejar.

Juara empat kejohanan utama itu menamatkan permainan dengan 17 bawah par, satu pukulan di hadapan Kurt Kitayama walaupun mencatat bogey di dua lubang terakhir, manakala KH Lee menamarkan permainan di tempat ketiga mengatasi Jon Rahm dan Tommy Fleetwood.

Kemenangan kali ketiga Piala FedEx dicapainya tahun ini menjadikannya pemain Jelajah PGA paling berjaya apabila mengatasi Tiger Woods yang hanya dua kali memenanginya, sekali gus melonjakkan ranking dunianya mengatasi Scottie Scheffler.

“Perasaan berbeza dan bersemangat apabila bermain dengan kedudukan sebagai pendahulu, dapat mencatatkan pukulan menarik dan memenagi kejuaraan.

“Rasa luar biasa untuk memulakan musim dan posisi ini,” kata McIlroy.

McIlroy bersama trofi CJ Cup dimenangi selepas muncul juara

Memulakan aksi pada hari terakhir semalam, McIlroy hanbya satu pukulan di hadapan hasil par lima di awal permainan namun dia terakhir sebagai pendahulu bersama Rahm, sebelum mencatat birdie pada lubang kedua dan keempat.

Pada tee kelima, juara bertahan itu berjaya mengelak bola dari memasuki air dan menjarakkan diri dua pukulan di hadapan Rahm yang melakukan bogey, lalu tergelincir dengan 14 bawah par.

Rahm sedar harapannya sudah berakhir apabila melakukan bogey pada lubang ke-14, sedangkan McIlroy melebarkan pendahuluan kepada tiga pukulan.