PEMANAH negara S.Suresh bersedia sahaja sebarang kemungkinan yang datang pada saingan acara Lelaki Recurve Individu Terbuka (1/16) di Invalides, Paris pada 4 September ini.
Pemanah kelahiran Kedah berusia 31 tahun ini beraksi dengan cemerlang pada pusingan ranking dengan kedudukan ke-12 selepas mengumpul 625 mata yang sekaligus mencatat musim terbaiknya dengan 596 mata.
Suresh akan meneruskan panahan bertemu pemain dari Amerika Syarikat Eric Bennet dan mengharapkan momentum sebelum ini akan diteruskan.
“Semangat berjuang sangat tinggi, tetapi saya terpaksa bersedia dengan keadaan cuaca hujan kebelakangan ini.
“Dalam tempoh dua atau tiga hari (selepas permainan pertama) saya ada juga berlatih menyesuaikan diri dalam keadaan hujan.
“Kalau hujan lebat, anak panah akan jadi lebih berat. Bagaimana pun secara mentalnya saya sudah bersedia,” jelas Suresh ketika ditemui FLASH SUKAN.
Dalam pada itu, Suresh memberitahu dia lebih suka mengambil pendekatan satu demi satu kerana tidak mahu hilang fokus. Dan saya juga tidak mahu ia jadi beban kepada saya (fokus terlalu jauh).
“Mengenai lawan nanti, saya sudah study pasal lawan saya nanti. Ada juga yang pernah saya lawan. Tetapi saya perlu bersedia kerana kita tidak tak siapa yang akan pergi jauh.
“Kadang-kadang yang ada di ranking bawah pun boleh naik. Dan ia pernah berlaku,” tambah bekas juara dunia 2019 ini.