FINAL Liga Juara-Juara 2021/2022 antara Liverpool dan Real Madrid berjalan cukup sengit. Salah satu detik unik berlaku pada separuh masa pertama, ketika gol yang dihasilkan oleh Karim Benzema dibatalkan kerana didakwa offside.

Liverpool miliki banyak peluang berbahaya berbanding Madrid. Salah satunya dari sepakan Sadio Mane yang mengenai tiang gawang selepas ditepis Thibaut Courtois.

Tapi, pada penghujung separuh masa, Madrid berjaya menjaringkan gol menerusi Karim Benzema. Tapi, gol tersebut tidak diiktiraf oleh pengadil selepas mendapatkan pengesahan VAR.

Situasi bermula ketika Luka Modric melepaskan umpan cantik kepada Benzema ke kotak penalti Liverpool. Benzema melakukan kawalan dan membuatkan Alisson terpinga-pinga. Tapi, Benzema kehilangan rentak untuk menendang bola.

Berlaku kelam-kabut di depan gawang. Fede Valverde cuba merebut bola dan terjadi pantulan dengan Konate dan Fabinho. Bola menuju ke Benzema dan terus disumbat ke gawang.

Penolong pengadil mengangkat bendera offside. Jika melihat posisi Benzema semasa menerima bola, dia memang offside kerana ada dibelakangnya, Van Dijk sebagai orang kedua terakhir di depan gawang Liverpool.

Tapi, yang menjadi perdebatan, bola memantul dari pemain Liverpool. Fabinho adalah orang terakhir yang menyentuh bola, bukan Falverde. Fabinho dinilai tidak sengaja menyentuh bola dan Benzema didakwa dalam posisi offside.

Bekas pengadil FIFA, Peter Walton, memberi komen lebih lanjut mengenai keputusan Clement Turpin yang membatalkan gol Benzema. Menurutnya, keputusan yang diambil sudah tepat. Benzema dalam posisi offside.

“Itu mudah. Benzema berada dalam posisi offside. Fabinho, bola bergolek darinya, dia tidak sengaja memainkan bola kepadanya. Itu hanya dianggap onside jika pemain Liverpool secara sengaja melakukanya,” katanya dipetik BT Sport.