SEBAGAI rakyat Malaysia yang mencintai sukan bola sepak, khususnya kejohanan seperti Euro 2024, pihak kerajaan perlu berusaha keras memastikan siaran bola sepak terbesar Eropah itu dapat ditonton secara percuma.

Difahamkan, RTM dikhabarkan hampir pasti membeli hak penyiaran untuk Sukan Olimpik, menunjukkan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara dihormati mampu berusaha mendapatkan hak penyiaran untuk acara sukan berskala besar.

Namun, persoalan timbul mengapa hak siaran percuma untuk Euro masih tidak diberikan kepada rakyat, sedangkan ramai yang menantikan peluang untuk menontonnya.

Mengapa pihak kerajaan tidak menggunakan segala kuasa yang ada untuk mendapatkan penajaan? Kenapa Masih tiada tindakan konkrit.

May be an image of the Reichstag Dome and text

Bumi Jerman akan menjadi tumpuan peminat seluruh dunia.

Hak siaran percuma boleh direalisasikan dengan mudah melalui penajaan yang sesuai. Ini menunjukkan tidak kesungguhan pihak tertentu dalam menguruskan peluang yang ada untuk memenuhi keinginan rakyat.

Sangat mengecewakan apabila mendapati bahawa semua negara ASEAN seperti Vietnam, Indonesia, Thailand, Singapura, dan Brunei sudah mempunyai hak siaran TV percuma untuk Euro, kecuali Malaysia setakat artikel ini ditulis.

Adakah rakyat Malaysia tidak layak untuk menikmati siaran bola sepak percuma dengan kualiti yang baik?

May be an image of American football, crowd and text that says "ΓΑΝΖΟΝΕ MUNICH FLASH RAAIAT SUKAN KELMEX"

Penyokong Malaysia juga tidak ketinggalan memberi sokongan kepada pasukan kegemaran yang beraksi di Euro 2024.

Bola sepak adalah sukan nombor satu di Malaysia. Apakah lagi yang perlu dilakukan untuk membuat rakyat Malaysia gembira?

Bola sepak sepatutnya boleh ditonton di TV percuma dengan kualiti permainan yang baik. Desakan dan suara rakyat seolah-olah tidak diambil serius oleh pihak kerajaan dalam perkara ini.

Kerajaan perlu bertindak segera dalam memastikan rakyat Malaysia dapat menonton Euro 2024 secara percuma. Usaha mendapatkan penajaan perlu digerakkan dengan lebih efektif dan pantas.

 

Terdapat fakta dan bukti bahawa tontonan Euro adalah lebih tinggi berbanding Sukan Olimpik di seluruh dunia. Pada Sukan Olimpik 2020, jumlah penonton adalah sebanyak 3.05 bilion. Namun, untuk Euro 2020, jumlah penonton mencapai 5.2 bilion.

Ini jelas menunjukkan bola sepak, khususnya Euro, mempunyai tarikan yang lebih besar dan potensi tontonan yang lebih tinggi. Pihak kerajaan harus menyedari bahawa ini adalah kehendak majoriti rakyat yang mencintai bola sepak.

Bukan itu sahaja, Kementerian Komunikasi, Kementerian Perpaduan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Pejabat Perdana Menteri boleh memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati siaran langsung Euro 2024 secara percuma.

 

Dengan kerjasama antara empat kementerian utama ini, pelbagai inisiatif boleh dirancang termasuklah mencari penajaan untuk menampung kos hak penyiaran. Lesen yang diberikan akan membenarkan kombinasi kuasa di antara kementerian-kementerian ini, memberi jaminan bahawa kerajaan bersungguh-sungguh dalam menguruskan hak penyiaran ini.

Kementerian Pelancongan turut terlibat dalam usaha ini dengan menggalakkan kedatangan pelancong asing untuk menyaksikan perlawanan di skrin besar ditayangkan di beberapa lokasi terpilih, menambah seri dan meriahkan lagi suasana.

 

 

Sudah tentunya, acara ini tidak hanya akan dinikmati oleh rakyat Malaysia tetapi juga akan menjadi magnet untuk menarik pelancong asing untuk bersantai dan menikmati keindahan Malaysia.

Kini. terserah kepada kerajaan supaya lebih proaktif dalam mencari penaja yang bersedia menyokong siaran percuma ini. Sebagai sebuah negara yang terkenal dengan semangat bola sepaknya, Malaysia perlu memastikan bahawa rakyatnya tidak ketinggalan berbanding negara jiran.

Ayuh, laksanakan segera. Sepak mula Euro 2024 semakin bermula kurang 72 jam lagi !