PERANG psikologi mula dilancarkan pasukan bola sepak Thailand menjelang sepak mula aksi kedua Kumpulan B Sukan SEA 2023 berdepan Malaysia pada Sabtu.
Tanpa berselindung, pengendalinya Issara Sritaro menilai tentang kekuatan pemain pasukan kebangsaan Malaysia yang kelihatan sangat kuat.
“Mereka ada pemain tinggi, besar dan bermain pantas. Terdapat bahaya dalam serangan balas dan hantaran silang dari arah sayap.
“Oleh itu, pasukan kami mesti bersedia untuk bermain dengan lebih ringkas daripada sebelum ini
“Anda perlu melakukan apa yang anda lakukan dengan baik berbanding permainan pertama untuk menjadi lebih mahir dalam permainan kedua,” katanya kepada media tempatan di Phnom Penh, Kemboja di sini.
Sritaro juga beranggapan pasukan Malaysia yang dikendalikan E Elavarasan mungkin tidak menekan mereka sehingga sukar untuk bermain.
Tetapi, katanya masalah utama adalah penerimaan dan tindakan balas Malaysia yang bermain dengan baik.
“Kami perlu hadapi dengan baik pada benteng pertahanan, membiarkan kami menguasai bola dan mencari peluang untuk menentang kami pula,” ujarnya.
Statistik keseluruhan rekod pertemuan kedua-dua di Sukan SEA lebih memihak Thailand.
Mereka telah bertemu sebanyak 25 kali, dengan keputusan pasukan kebangsaan Thailand lebih baik, menang 12 kali, seri 5 kali, manakala Malaysia menang 8 kali, dengan Thailand menjaringkan 39 gol.
Bagaimanapun, pertemuan terakhir di Vietnam tahun lepas dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan, menyaksikan Malaysia menewaskan Thailand 2-1. – Siam Sport