LIONEL Messi berang dengan menjerit ke arah pengadil dan mencengkam leher penolong jurulatih pasukan lawan selepas perlawanan antara Inter Miami dan New York City dalam saingan Major League Soccer (MLS) pada Ahad.
Messi menjadi wira apabila membantu Inter Miami terhindar daripada kekalahan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Chase, Florida. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2, di mana Messi mencatat dua bantuan gol (assist). Namun, kemarahannya memuncak sebaik sahaja perlawanan tamat.
Sebaik wisel penamat dibunyikan, Messi bergegas ke arah pengadil, Rosendo Mendoza, sambil meluahkan rasa tidak puas hati dengan beberapa keputusan kontroversi di atas padang.
🚨
The real side of the ‘humble Lionel Messi.’
Kept disrespecting the referee until he got booked and then went on to grab their assistant coach by the neck.
Embarrassing behaviour. Man child.pic.twitter.com/6LYG6REpAx
— The CR7 Timeline. (@TimelineCR7) February 23, 2025
Pengadil memberi amaran kepada Messi agar beredar, namun La Pulga terus memprotes. Akibatnya, Messi dikenakan kad kuning. Walaupun begitu, Messi tetap meluahkan kemarahannya sebelum akhirnya meninggalkan padang.
Dalam perjalanan menuju ke tepi padang, Messi bertembung dengan penolong jurulatih New York City, Mehdi Ballouchy. Ballouchy dikatakan mengeluarkan kata-kata yang mencetuskan kemarahan Messi.
Kedua-duanya kemudian terlibat dalam pertengkaran sengit sebelum Messi tiba-tiba mencengkam leher Ballouchy selama beberapa saat. Ballouchy kelihatan terkejut dengan tindakan tersebut, sementara Messi terus berjalan meninggalkannya di padang.
Dalam perlawanan ini, dua gol Inter Miami dijaringkan oleh Tomas Agustin pada minit ke-5 dan Telasco Segovia pada minit ke-90+10. Sementara itu, dua gol New York City disumbangkan oleh Mitja Ileni pada minit ke-26 dan Adrian Martinez pada minit ke-55.