AHLI Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) hari ini telah menggunakan budi bicara untuk mempertimbangkan semula keputusan yang dibuat pada 24 Jun 2024 ke atas Selangor FC susulan ketidakhadiran kelab itu ke Perlawanan Sumbangsih yang juga aksi pertama Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei 2024.

Pertimbangan semula ini dibuat sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Susulan itu, berikut merupakan keputusan-keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL.

“Denda dikurangkan daripada RM100,000 ke RM60,000.

“Bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL dikekalkan.

“MFL akan mengumpul maklumat dan kos yang dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk semakan dan perbincangan selanjutnya.

“Pemotongan tiga (3) mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025 dibatalkan,” menurut kenyataan MFL.

MFL denda Selangor FC RM100,000 , lawan JDT di MBPJ tanpa penyokong 

Aksi Selangor lawan JDT di Stadium MBPJ akan datang diteruskan dengan kehadiran penonton.

Walau bagaimanapun, tegas MFL jika Selangor FC mengulangi kesalahan yang sama, maka kes ini akan dibawa ke jawatankuasa tatatertib dan hukuman yang lebih tegas dan keras boleh dikenakan.

Malah, larangan kemasukan penonton ke perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dibatalkan.

Bagaimanapun, penonton dibenarkan untuk menghadiri perlawanan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN  : MFL denda Selangor FC RM100,000 , lawan JDT di MBPJ tanpa penyokong 

“Tempoh untuk membuat rayuan adalah selama tiga (3) hari daripada tarikh surat ini (27 Jun 2024) seperti yang termaktub dalam Aturan 4, Kaedah 3, Kaedah-kaedah Badan Penguatkuasa Peraturan, Manual Liga Malaysia,” jelas kenyataan itu lagi.