MALAYSIAN Football League (MFL) hari ini memberi penjelasan mengenai penentuan Kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC 2023.

PILIHAN PERTAMA :

KEDUDUKAN 2022 KELAYAKAN 2023
Johan Liga Super = Liga Juara-Juara Asia
Juara Piala FA = Piala AFC
Kedua Liga Super = Piala AFC

Jika sekiranya Johan Liga Super dan Juara Piala FA 2022 adalah kelab yang sama, maka berikut adalah kelayakan ke Piala AFC 2023:

PILIHAN KEDUA

KEDUDUKAN 2022 KELAYAKAN 2023
Johan Liga Super = Liga Juara-Juara Asia
Juara Piala Malaysia = Piala AFC
Kedua Liga Super = Piala AFC

Jika sekiranya Johan Liga Super, Juara Piala FA dan Juara Piala Malaysia 2022 adalah kelab yang sama atau Piala Malaysia 2022 dimenangi pasukan naib juara Liga Super, maka berikut adalah kelayakan ke Piala AFC 2023:

PILIHAN KETIGA
KEDUDUKAN 2022 KELAYAKAN 2023
Johan Liga Super = Liga Juara-Juara Asia
Kedua Liga Super = Piala AFC
Ketiga Liga Super = Piala AFC

Oleh itu, pasukan yang akan memperolehi slot kedua ke Piala AFC 2023 hanya boleh ditentukan selepas berakhirnya TM Piala Malaysia 2022.

Namun slot kelab ke kejohanan AFC di atas adalah berdasarkan kelab yang memperolehi Lesen Kelab AFC untuk musim 2023.

“MFL berharap tiada kekeliruan timbul berhubung penentuan slot-slot AFC tahun 2023 memandangkan pemakluman menerusi surat pekeliling sudah dihantar kepada semua pasukan yang bertanding sebelum musim 2022 bermula.

“Malah penerangan mengenai penentuan slot ACL 2023 dan Piala AFC 2023 juga turut dibuat menerusi Taklimat Pegawai Operasi Kelab pada 20 Januari 2022 dan Taklimat Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pada 28 Februari 2022,” kata MFL dalam satu kenyataan pada Sabtu.