MALAYSIAN Football League (MFL) hari ini mengumumkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan beraksi di pentas Asia musim depan.
JDT hadir ke saingan tertinggi peringkat benua sebagai juara Liga Super 2023 yang disambut penuh gilang-gemilang.
“Tahniah diucapkan kepada Johor Darul Ta’zim yang akan mewakili Liga Malaysia di pentas Asia untuk musim 2024/2025.
“Johor Darul Ta’zim akan beraksi di AFC Champions League Elite (ACLE).
“Semoga berjaya ! ,” menurut hantaran MFL.
Berdasarkan perubahan baharu mengenai format pertandingan kelab AFC bagi musim 2024/2025, JDT sebagai juara Liga Super 2023 akan beraksi di AFC Champions League Elite (ACLE).
Manakala Selangor sebagai naib juara Liga Super 2023 menjadi wakil Malaysia di pentas AFC Champions League 2 (ACL2).