PENYERANG lincah Terengganu FC, Muhammad  Faisal Abdul Halim menafikan spekulasi mengatakan dia sebelum ini dikatakan bakal berhijrah  ke kelab lain.

Perkara itu  disahkan melalui akaun Twitter miliknya dengan mengesahkan dia masih mempunyai kontrak bersama skuad Penyu sehingga hujung tahun 2022.

 

Menurutnya, dia hanya ingin memfokuskan kepada khidmatnya bersama pasukan kebangsaan dalam pusingan akhir kumpulan E Kelayalan Piala Asia yang bakal membuka tirai pada 8 Jun menentang Turkmenistan.

Sementara itu, ejen pemain berusia 24 tahun itu, menerusi akaun Twitter Joe Berbatov turut berkongsi Faisal Halim tidak menerima mana-mana tawaran selain kontrak lanjutan bersama skuad Penyu.

Kelincahan pemain tersebut sekali lagi dibuktikan menerusi jaringan ketika aksi persahabatan menentang Brunei beberapa hari lepas sekaligus menyaksikan ketajaman penyudah Faisal.

Faisal Halim mula menyarung jersi Terengganu FC sejak 2021 sehingga kini setelah berpindah dari kelab Sri Pahang FC pada jendela perpindahan 2020.