PENYERANG lincah kebangsaan, Muhammad Faisal Abdul Halim kini menjadi milik Selangor FC setelah disahkan secara rasmi melalui laman Twitter pasukan Gergasi Merah.
Desas-desus kehadiran Faisal Halim ke kem Selangor bukanlah suatu kejutan meskipun dia enggan mendedahkan spekulasi tersebut sebelum ini.
Bekas penggempur Terengganu FC itu turut mengikut jejak langkah beberapa pemain kebangsaan lain seperti Ahmad Khuzaimi Piee dan Ruventhiran Vengadesan.
The moment that we’ve been waiting for❗
🔴🟡 Faisal Halim #IsRED🔴🟡
👋 Welcome to Selangor FC, Faisal Halim! 🔴🟡#MKLK pic.twitter.com/LmZRu7gGyO
— Selangor FC (@selangorfc) December 22, 2022
Pemain yang sering turun sebagai super-sub ketika bersama Sri Pahang FC itu membuktikan ketajaman di bahagian jentera serangan apabila acap kali menyumbat gol menerusi gelecekan licik yang berjaya memerangkap lawan.
Bagaimanapun, info kontrak Faisal Halim bersama Selangor masih belum dikeluarkan namun dia dijangka ditawarkan kontrak dua tahun bersama Red Giants yang kini cemerlang dibimbing bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.
Kini, dia sanggup melupakan cutinya demi perjuangan bersama skuad kebangsaan mengharungi kempen Piala AFF 2022 serta merupakan antara penjaring tunggal dalam aksi sulung saingan piala berprestij Asia Tenggara kumpulan B berdepan Myanmar di Stadium Thuwunna, petang semalam.