TERENGGANU Football Club (TFC) telah memutuskan untuk meminjamkan penyerang import dari pasukan Terengganu FC II, Jordan Mintah ke pasukan Kuala Lumpur City FC bagi tempoh pinjaman sehingga tamat musim ini 30 November 2022.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TFC Ab Rasid Jusoh, syarat serta terma yang telah dipersetujui oleh kedua-dua kelab.
“Antara syarat yang terkandung adalah Jordan Mintah tidak dibenarkan beraksi dalam perlawanan menentang pasukan Terengganu FC atau Terengganu FC II sepanjang tempoh pinjaman.
“Jordan yang masih berbaki kontrak sehingga tahun 2023 akan kembali bersama kelab ini setelah tempoh pinjaman berakhir.
“Kelab TFC ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Jordan Mintah dan semoga peluang untuk beraksi di pentas Liga Super ini digunakan sebaik mungkin untuk membuktikan kualiti serta mendapatkan pengalaman di saingan liga tertinggi Malaysia,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Rabu.