KEMELUT yang berlaku antara Datuk Misbun Sidek dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) harus diselesaikan antara kedua-dua pihak terbabit.

Bekas pemain kebangsaan Datuk James Selvaraj berkata, beliau tidak tahu menahu perkara sebenar yang berlaku namun berasakan bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Kebangsaan itu seharusnya merujuk terus kepada BAM.

Datuk James Selvaraj usulkan Datuk Misbun Sidek bertanyakan kepada BAM mengapa buat kenyataan begitu, atau BAM pergi berjumpa Misbun selesaikannya dan buat kenyataan media.

“Bagi saya, dia (Misbun) mesti tanya BAM, saya tak agree tapi you cakap saya agree kenapa,” kata James, yang juga bekas Pengarah Prestasi Tinggi BAM sekitar 2010 hingga 2012.

Misbun Sidek dedah ‘Untold Story’, “Semua keputusan sudah diatur”

Justin tetap anggap Misbun jurulatih terbaik, “Sekali jadi guru, selamanya jadi bapa”

Akhirnya Misbun tinggalkan BAM

Selain itu, James memberitahu, sekiranya Misbun tidak bertanbya kepada BAM, badan induk badminton Malaysia itu perlu jumpa Misbun selesaikannya.

Timbalan Presiden BAM, Datuk V Subramaniam dan Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh, pada sidang media mengumumkan penamatan kontrak Datuk Misbun Sidek atas dasar persetujuan bersama, di Akademi Badminton Malaysia, Jumaat lalu.

Datuk Misbun Sidek terkejut membaca laporan media bahawa beliau bersetuju untuk kontraknya ditamatkan lebih awal, membuat sidang media mendedahkan “Untold Story” kepada media semalam.

“Tidak pun BAM pergi jumpa Misbun, selesaikan perkara ini, sudah selesai bagi kenyataan media.”

Pada Isnin Misbun menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kenyataan dibuat Timbalan Presiden BAM, Datuk V.Subramaniam dalam sidang media pada Jumaat, yang mengumumkan bahawa BAM dan Misbun mencapai kata sepakat iaitu “mutual agreement” untuk menamatkan lebih awal kontrak legenda badminton negara itu.

Misbun menafikan wujud persetujuan bersama dan beliau hanya diberitahu “esok tak perlu datang kerja.”