FOTO : Amir Amri

MALAYSIA akan menghadapi pasukan Korea Selatan dalam aksi Kejuaraan Ragbi Asia Lelaki 2022 di Incheon pada Sabtu.

Sekiranya pasukan ragbi negara muncul sebagai pemenang perlawanan, mereka akan bertemu Hong Kong pada perlawanan akhir, 9 Julai depan.

Jika membenam cabaran Hong Kong, skuad ragbi negara yang dikendalikan oleh Ketua Jurulatih, Rodney So’oialo akan menentang Tonga di Nuku’alofa pada 23 Julai untuk layak terus ke Piala Dunia Ragbi 2023 di Perancis.

Dalam pada itu, Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) menaruh harapan tinggi buat skuad Bunga Raya yang dibarisi 24 pemain untuk menghadirkan saingan sengit selepas hampir dua tahun tiada perlawanan kompetitif kerana Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Terdahulu, skuad Bunga Raya 15’s  mengadakan latihan di stadium Incheon Namdong Asiad Rugby Arena.