PEMAIN Perak FC tiada pilihan lain kecuali wajib menumpaskan pendahulu semasa, Terengganu FC II menjelang aksi Liga Premier di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

Atas kertas sememangnya kelihatan berat sebelah apabila Perak FC pimpinan Yusri Che Lah berada di kedudukan tercorot.

Namun begitu, 90 minit bakal menjadi detik penentu sejauh mana pemain The Bos Gaurus boleh menghadirkan cabaran selepas diperkuatkan tiga tonggak import.

“Perlawanan menentang Terengganu FC II amat penting bagi kami dan pastinya barisan yang terbaik akan diturunkan malam ini,” ujar Yusri.

Selepas mengharungi 11 perlawanan, Perak FC kini meng­huni tangga tercorot de­ngan kosong mata.

Kelab dari utara itu hanya melakar tiga kemenangan dan kalah lapan daripada pertemuan terdahulu.

Kemenangan terakhir dicatat skuad bergelar Kejor Yop Skor adalah ketika mengalahkan Kelantan United 1-0 pada 25 Jun lepas.