KERAJAAN Malaysia di bawah Kementerian Belia dan Sukan akan menghulurkan bantuan sebanyak RM1.48 juta kepada Kelab Eksplorasi Altitud dalam misi pencarian pendaki Gunung Everest, Muhammad Hawari Hashim.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dr Nagulendran Kangayatkarasu berkata, pencarian Hawari yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) dari segi pendengaran kini masih giat dilakukan di kesemua tempat kem serta setiap khemah melalui darat dan udara.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Tan Sri Dr Nagulendran Kangayatkarasu

“Bagi pihak kementerian, kami mengharapkan agar misi pencarian ini akan berjaya dan saudara Hawai dapat dibawa pulang dengan selamat.

“Saya dimaklumkan daripada rakan kelab, pergunungan Everest akan ditutup pada 29 Mei ini jadi kita ada sehingga 28 Mei kerana pada tarikh itu semua orang perlu turun.

“Jangka masa yang ada ketika ini sangat kritikal jadi kerajaan berpandangan, memandangkan saudara  Hawari adalah seorang OKU, kita kena bantu sehabis baik untuk membawa pulang dia,” ujarnya dalam sidang media pada Rabu.

Jelas KBS, pihak kedutaan besar Malaysia di Kathmandu memaklumkan bahawa kawasan pencarian meliputi kawasan pendakian yang bermula daripada kawasan Tibet dan operators yang berada di jalan pendakian tersebut telah dimaklumkan untuk membantu mengesan Hawari.

Muhammad Hawari Hashim.

Usaha kerajaan sekarang sekaligus diperluaskan lagi bukan hanya di kawasan Nepal tetapi juga di kawasan pendakian Tibet.

“Kami mengharapkan saudara Hawari selamat walau dimana dia berada dan kami mengharapkan keputusan yang positif dimana kami dapat menemuinya dengan selamat,” tambah Nagulendran lagi.

Mengulas lanjut mengenai seorang lagi pendaki Malaysia yang meningggal dunia dalam dalam misi iaitu Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Leftenan Kolonel Awang Iskandar Ampuan Yaacub, Kementerian Luar kini dalam usaha membawa pulang jenazah ke Malaysia dalam masa yang terdekat selepas proses menurunkan jenazah selesai sepenuhnya.

Leftenan Kolonel Awang Iskandar Ampuan Yaacub

Ekspedisi Misi Malaysia Everest 2023 telah disertai oleh empat orang pendak dan seorang pasukan sokongan yang menjadi misi kelab Eksplorasi Altitud dalam menakluki Gunung Everest. Allahyarham Awang meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendaki manakala Hawari masih belum djumpai selepas keluar dari kem bersendirian.