LUKA Modric bersetuju untuk kekal bersama Real Madrid untuk tempoh setahun lagi.
Modric dilaporkan menandatangani perjanjian baharu bersama Real Madrid sehingga akhir musim depan yang akan tamat pada bulan Jun 2024.
“Saya berharap dan percaya saya akan kekal di Real Madrid,” kata Modric.
Ia menyaksikan Modric kini menyertai Toni Kroos yang turut bersetuju untuk melanjutkan kontraknya di Bernabeu selama satu tahun lagi dimana jurulatih, Carlo Ancelotti memerlukan khidmat dua pemain ini.
Pemain tengah berusia 37 tahun itu tampil sebagai pemain simpanan ketika final Copa del Rey yang menyaksikan kemenangan Madrid menewaskan Osasuna Sabtu lalu.
Sebagai rekod, Modric pernah memenangi Ballon d’Or pada 2018.