KETUA Pegawai Eksekutif Persekutuan Hoki Asia (AHF) Datu Mohammad Tayyab Ikram dari Pakistan dipilih sebagai presiden baharu Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), menggantikan Narinder Batra dari India.
Tayyab Ikram menewaskan Marc Coudron dari Belgium 79-47 undian dalam Kongres FIH ke-48 yang diadakan secara maya.
Daripada 129 persatuan kebangsaan, 126 membuang undi yang sah.
Justeru Tayyab akan mengambil alih mandat daripada Batra yang meletak jawatan 18 Julai lalu, untuk tempoh dua tahun.
Seif Ahmad memangku jawatan Presiden FIH selepas Batra meletak jawatan selepas menerima arahan daripada Mahkamah Tinggi Delhi supaya meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Olimpik India (IOA).
Batra menjadi Presiden FIH pada 2016 dan meletak jawatan itu pada 18 Julai yang turut menyaksikan beliau melepaskan keahliannya dalam Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berikutan kaitan langsungnya dengan IOA.
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menerusi laman sosial Twitternya ada membuat ciapan ucapan tahniah kepada presiden baru AHF itu.