KALENDER MotoGP 2023 akan kehilangan satu pusingan apabila FIM mengumumkan mereka akan menggugurkan perlumbaan sulung Grand Prix Kazakhstan yang dijadualkan pada 9 Julai 2023.
Tahun 2023 ini menyaksikan rekod baharu bakal tercipta dalam perlumbaan MotoGP apabila akan berlumba dalam 21 pusingan yang menjadikan musim terpanjang dalam sejarah perlumbaan ini.
MotoGP menambah dua Grand Prix pada kalendar awal musim 2023 dengan menunggu litar disiapkan dan diluluskan pihak FIM dengan Kazakhstan dan India menyertai Kejohanan MotoGP Dunia ini.
The FIM, IRTA and Dorna Sports can confirm the cancellation of the 2023 #KazakhstanGP
Full statement 👇#MotoGP | 📰https://t.co/DaRpV5gHGQ
— MotoGP™🏁 (@MotoGP) April 26, 2023
Grand Prix Kazakhstan dijadualkan berlangsung pada 9 Julai 2023 di Litar Sokol yang baharu dibina berhampiran Almaty namun kerana litar itu gagal siap mengikut perancangan, MotoGP terpaksa menggugurkan acara itu dan berharap dapat kembali pada 2024.
Litar sepanjang 4.495km itu direka oleh Herman Tilke dan telah mendapat pengiktirafan sebagai litar Gred 2 oleh Persekutuan Otomobil Antarabangsa (FIA) dan MotoGP tidak akan menggantikan ruang kosong pada jadual.
Ini sekali gus memberikan cuti rehat musim panas yang lebih panjang kepada semua pelumba dan pasukan menjadi lima minggu di antara Grand Prix Belanda pada 25 Jun dan Grand Prix Britain pada 4 Ogos.
Still 17 race weekends to look forward to 🏁
Check out the updated version of the 2023 season calendar! 📅#MotoGP pic.twitter.com/czwdsoqAYN
— MotoGP™🏁 (@MotoGP) April 26, 2023
“FIM, IRTA dan Dorna Sports boleh mengesahkan bahawa Grand Prix Kazakhstan untuk musim 2023 telah dibatal dan digugurkan dari kalendar perlumbaan 2023.
“Kerja-kerja pembinaan masih berlangsung ditambah kekangan operasi global menjadi punca utama acara julung kali ini tepaksa digugurkan dari kalendar perlumbaan musim 2023 ini dan ianya tidak akan diganti dengan mana-mana litar yang lain.
“Kami mengalu-alukan untuk berlumba di Litar Antarabangsa Sokol pada 2024 sekaligus menambah kawasan baharu dalam kalendar yang perlumbaan,” menurut kenyataan media yang dikeluarkan FIM.
Ketiadaan Grand Prix Kazakhstan juga bakal menyaksikan para pelumba akan kehilangan peluang untuk mendapatkan 37 mata tambahan selepas MotoGP memperkenalkan perlumbaan Sprint sebagai perlumbaan tambahan pada Sabtu.