BOLA Joma FIFA Pro Grafity II akan digunakan di 12 venue bagi perlawanan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) sepanjang musim 2023.

Pada Sabtu, berlangsung majlis penyerahan bola rasmi perlawanan MPFL sebagai simbolik majlis penutup sesi taklimat pasukan bagi kategori lelaki MPFL 2023 di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Pada sesi terakhir taklimat MPFL 2023 itu, antara agenda yang dibincangkan adalah berkenaan tatatertib serta status & perpindahan pemain, pelesenan kelab, pendaftaran Mypas serta kepengadilan.

Turut hadir pada majlis penyerahan bola rasmi MPFL 2023 itu adalah Ahli Jawatankuasa Futsal dan Bolasepak Pantai FAM, Rosman Haji Mohd Ibrahim.

18 pasukan MPFL 2023 bakal berentap bermula 11 Februari depan di mana kejohanan berkenaan akan diadakan secara home dan away, sekali gus menyaksikan 151 perlawanan dijalankan tahun hadapan.