LIGA Futsal Premier 2023 (MPFL) separuh akhir pertama menyaksikan Pahang Rangers berjaya menundukkan Selangor MAC 4-3 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan pada Sabtu lepas.
Dalam aksi separuh akhir pertama terdahulu menyaksikan Pahang Rangers dan Selangor MAC bermain dengan penuh semangat dalam mencari gol sehingga berlaku ketegangan sekali gus mengakibatkan beberapa pemain dilayangkan kad kuning dan kad merah oleh pengadil.
Ali Ebrahimi merupakan pemain yang terlepas untuk aksi separuh akhir kedua apabila dia dilayangkan kad merah selepas mendapat kad kuning pertama kerana mengasari pemain Pahang Rangers, Amin Nasrollah.
Gagal mendapatkan kemenangan di rumah pihak lawan, Selangor MAC mempunyai kelebihan apabila kedua-kedua pasukan itu sekali lagi akan bertemu dalam separuh akhir kedua esok di Stadium Panasonic, Shah Alam, rumah bagi skuad kendalian Edgar Eder.
Untuk aksi di Stadium Panasonic nanti juga dijangka sengit berikutan menjadi malam penentu buat kedua-dua pasukan untuk merebut tiket ke peringkat akhir MPFL 2023.
Dengan kemenangan dramatis yang diperolehi oleh skuad bimbingan Gerrad Casas, Pahang Rangers membawa bekal satu gol ke rumah pihak pasukan lawan dan masih perlu mencari gol dalam memastikan layak ke final.
Rekod pertemuan Pahang Rangers dengan Selangor MAC pada perlawanan akhir MPFL musim lalu juga menyaksikan Merah Kuning dinobatkan sebagai juara dengan kemenangan 4-3.
Dengan ketiadaan tonggak pasukan, Ali Ebrahimi, dapatkah Selangor MAC menebus kekecewaan dengan kemenangan dan adakah Pahang Rangers mampu mengekalkan kemenangan seterusnya mengejar mata menuju ke final? Sama-sama kita nantikan.