MENJELANG 10 Hari Sukan Paralimpik Paris 2024, Majlis Paralimpik Malaysia membuat kejutan dengan mengumumkan projek pembangunan baharu yang dikenali PCM Square @Bilfied.

Presiden MPM, Datuk Seri Megat D.Shahriman Zaharudin berkongsi berita gembira itu  ketika Majlis 10 Hari Menjelang Sukan Paralimpik 2024 pada Ahad.

Menurut Megat, projek ini merupakan satu inisiatif yang boleh menjana pendapatan sendiri sekali gus mampu membantu pembangunan akar umbi.

“Satu inisiatif yang besar yang diambil oleh MPM, turut bekerjasama dengan Asas Arena Sdn.Bhd bagi memastikan projek pembangunan ini siap seperti yang dirancang dalam tempoh 12-16 bulan. Projek ini akan bermula dalam tempoh berberapa bulan akan datang.

Gelanggan Pickelball akan turut dibina di PCM Square@Belfield.

“Sebagai presiden, saya cuba mengkomesialkan dengan menggunakan peluang yang ada seperti tanah seluas 1.2 ekar yang memang milik MPM selama 30 tahun.

“Sepanjang 12 tahun ini, ia terbiar dan saya akan menjadikan PCM Square ini sebagai pusat sukan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti terkini yang boleh menjanjikan satu sejarah baharu buat rakyat Malaysia.

“Apa penting, kita juga boleh menganjurkan kejohanan-kejohanan antarabangsa dan tidak hanya tertumpu kepada Sukan Para Asean atau Sukan Para Asia.

Ruang santai di salah satu sudut yang akan disediakan di PCM Square@Belfield.

“Ia mampu menjana pendapatan dalam tempoh panjang,” jelasnya pada Majlis 10 Hari Menjelang Sukan Paralimpik Paris 2024.

Sementara itu, pada majlis tersebut turut menyaksikan MPM terus mendapat sokongan pelbagai tajaan bagi ke temasya di Paris yang akan membuka tirainya pada 28 Ogos hingga 8 September ini.

Terbaharu, MPM menerima pelbagai tajaan antaranya Petite Maison yang menaja venue majlis, Voltra menaja kit pakaian termasuk kasut bagi kontinjen Malaysia ke Paris serta LEKAS IJM memberi tajaan wang tunai  RM50,000.00.

Turut menaja kontinjen negara adalah B.Grimm Power yang mengumumkan akan memberi hadiah bernilai RM15,000 kepada pemenang pingat emas, pingat perak RM10,000 dan pemenang gangsa RM5,000, dan turut menyumbang RM50,000 kepada MPM.

Brahim’s Food turut memberi tajaan bernilai RM30,000, manakala OSK Foundation berbesar hati menghadiahkan RM15,000 kepada pemenang pingat emas, pingat perak RM10,000.00 dan pemenang gangsa RM5,000 serta untuk MPM sebanyak RM10,000.00, manakala setiap atlet yang tersenarai ke Paris ini akan menerima RM1,500.

Barisan penaja ke Sukan Paralimpik Paris 2024.

Tajaan turut dimeriahkan dengan barangan Milo beserta wang tunai dengan jumlah keseluruhan RM335,000. B2 Nutrition juga menaja sebanyak RM5,000, Pickeball RM5,000, Nguyen Cofee dan Eartistic.

Selain itu, Ikhlas.com turut menaja tiket umrah kepada setiap pemenang termasuk jurulatih, Tamo Tauge serta OYO yang menyediakan 40 beg sandang untuk kontinjen.