PETINJU Kuda Merah PDRM, Mohd Amirul Ariffin, atau lebih dikenali sebagai Ban Mero, telah mengeluarkan amaran awal mengenai perlawanan mendebarkan yang akan dihadapinya.
Dia akan berdepan dengan petinju kelahiran Afghanistan, Nawid Ullah Bakshi dari kelab Sampuri Ampang, dalam Kejohanan JWP-DBKL Kuda Merah Muay Thai Challenge 2024 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Ahad ini.
Ban Mero mengakui perlunya berwaspada dan tidak meremehkan keupayaan Nawid. Dia berkata, “Saya perlu berwaspada berdepan Nawid.”
Katanya, pertarungan ini bukanlah satu yang boleh dianggap remeh dan dia bersedia untuk memberikan aksi terbaiknya.
“Dalam pertarungan ini, saya perlu melihat terlebih dahulu teknik-teknik yang akan diperagakan oleh Nawid. Dari situ, baru saya boleh merencana strategi untuk pusingan kedua dan ketiga. Latihan pada kali ini lebih kepada latihan teknik-teknik berdepan lawan.”
Walaupun mengakui kelebihan tenaga muda Nawid sebagai cabaran besar, Ban Mero yakin bahawa dia mampu memberikan aksi terbaik. Sebelum ini, Ban Mero juga telah berdepan dengan petinju luar negara dari Kanada dan Australia, menjadikan pengalaman tersebut sebagai modal untuk pertarungan kali ini.
Kejohanan ini dijangka menampilkan seramai 28 petinju muay thai dari dalam dan luar negara, yang bersaing untuk merebut gelaran dalam kejohanan edisi ke-73 ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Muaythai : 28 peninju terkemuka rebut gelaran ‘King of The Ring’
INFO
Kejohanan JWP-DBKL Kuda Merah Muay Thai Challenge 2024
SABTU (24 FEBRUARI)
Aiman Harith (Akademi Kuda Merah) lwn Zarif Danial (Akademi Jasin) (KMKM)
Hazami (Tommy PDRM Pulapol KL) lwn Syakir (FGTS Muaythai Gym)
Ahmad Hafizi (Jordan Top Team) lwn Zul Fazlie Shahmi Zaizul Shahram (FDM Muaythai)
IKmal Arief Kamarul Azlan (Hybrid Muaythai) lwn Lin Kai Tze (Shark Muaythai)
Damia Khaulah (Cosmic Johor) lwn Raja Izaty (Head Hunter Perak)
Akid Mikdam (Cosmic Johor) lwn Haikal (Hallo Fight Club)
Mohd Rafi Manaf (Kuda Merah PDRM) lwn Wan Muhammad Kittyyamat (Red Wolves)
AHAD (25 FEBRUARI)
Farish Hakimi (Akademi Kuda Merah) lwn Muhammad Izzat Fitri (Muaythai Port Dickson)
Nizam Joeffery (Kuda Merah Selatan) lwn Zahid (Singa Utara)
Tuah Tarmizi (Gorilla Muaythai) lwn Zufry Iskandar (Taring Muaythai)
Umar Usman (Red Wolves) lwn Ariq Penang (Attitude Muay Gym)
Samuel Raj (Selendang Kuning Studio) lwn Phitserithai (Rizq Muaythai)
Pet Sangoan (Yala Thailand) lwn Muhammad Ali Yaakub (Attitude Muay Gym)
Mohd Amirul Ariffin (Kuda Merah PDRM) lwn Nawid Ullah Bakshi (Afgahnistan Sampuri Ampang)
* Semua perlawanan bermula jam 8.30 malam di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur