PENGURUS bola sepak Chelsea, Mauricio Pochettino enggan menolak kemungkinan untuk kembali mengendalikan pasukan Tottenham Hotspur FC. Dengan menjadi ketua kepada saingan sengit mereka itu, ia tidak bermakna dia tidak boleh menguruskan bekas kelabnya semula.
Menjelang kepulangan pertamanya ke Spurs sejak dipecat empat tahun lalu, Poch berkata: “Siapa tahu? Ia seperti kehidupan, anda tidak pernah tahu apa yang akan berlaku esok. Kita perlu menikmati hari ini dan saya fikir sekarang, pada usia 51, saya lebih memikirkan hal itu, menikmati hari ini dan tidak melihat terlalu jauh ke masa hadapan.
“Tetapi mengapa tidak? Beberapa hari lalu, seseorang telah bertanya kepada saya sama ada mungkin akan kembali ke Argentina untuk menguruskan Newell’s Old Boys kerana ia akan menjadi cara penuh emosi untuk mengakhiri kerjaya anda. Mudah-mudahan, saya boleh tinggal di sini sehingga saya mati! Dua puluh atau 25 tahun, tetapi anda tidak pernah tahu dalam bola sepak,” katanya.
🎙| Mauricio Pochettino on a possible return as #Tottenham manager in the future: “Who knows? For sure if I’m not working, maybe one day, why not?” @MailSport pic.twitter.com/eYOjYbH1ad
— The Spurs Express (@TheSpursExpress) November 5, 2023
Pochettino percaya bahawa beliau boleh kembali untuk mengurus Tottenham, walaupun dirinya telah mengukuhkan komitmen kepada Chelsea sebelum bertemu dengan bekas kelabnya pada perlawanan di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi esok. Sebelum ini, dia tidak berpeluang untuk mengucapkan ‘selamat tinggal’ apabila dipecat oleh Spurs pada November 2019.
“Sekiranya saya tidak bekerja, mungkin jika mereka menginginkan saya suatu hari nanti, mengapa tidak? Agak pelik untuk kembali tetapi kita perlu melangkah ke hadapan. Kita perlu menjadi professional tetapi pada masa yang sama kita adalah manusia,” tambah Poch.
Poch ketika ini mengakui bahawa ia akan mengambil masa untuk menumbuhkan rasa cintanya kepada Chelsea. Dia berkata: “Selepas empat bulan? Saya tidak boleh menipu. Saya berharap kami dapat mencapai tahap yang sama seperti yang saya miliki di Tottenham kerana itu bermakna kita berjaya melakukan dengan baik di sini.”
Terdahulu, Pochettino secara rasmi menyertai Chelsea pada 1 Julai dengan kontrak selama dua tahun. Walaubagaimanapun, terdapat pilihan sambungan selama setahun sekiranya keadaan berjalan dengan lancar.