JUARA Grand Slam 22 kali, Rafael Nadal menjadi pemilik pasukan baharu dalam sukan perlumbaan membabitkan bot elektrik pertama di dunia.

Menurut penganjur Kejuaraan UIM E1 World Championship, Nadal bersama pasukannya akan mengambil bahagian pada kejuaraan sulung perlumbaan itu bermula akhir tahun ini.

Nadal melebarkan sayap dalam perniagaan dan sukan, apabila menjadi pemilik baharu pasukan bot elektrik untuk ke perlumbaan Kejuaraan Dunia UIM E1 yang bermula hujung tahun ini.

Perlumbaan bot elektrik ini dicetuskan Alejandro Agag, pengasas siri perlumbaan motor Formula E dan Extreme E elektrik.

Pembabitan Nadal ini menjadikannya sebagai bintang ternama sukan dunia memiliki pasukan dalam kejuaraan bot elektrik itu termasuk pemandu Formula 1 Red Bull, Sergio Perez.

Gambar Hiasan, perlumbaan bot elektrik dunia. 

“Saya sangat teruja untuk terlibat dengan projek seperti E1 yang mementingkan kemampanan dan akan memberi impak positif kepada masyarakat secara keseluruhan, terutamanya dalam komuniti pantai,” kata Nadal dalam satu kenyataan.

“Saya juga menyukai hakikat bahawa E1 mempunyai misi yang jelas dan komited untuk memelihara ekosistem marin. Sebagai seorang atlet profesional, saya menyedari bagaimana membuat keuntungan kecil yang memberi kesan positif terhadap prestasi.”