NAFUZI Zain ‘menyertai’ semula Kedah tetapi sebagai jurulatih untuk musim baharu Liga Malaysia 2023.

“NAFUZI KINI HIJAUKUNING!

Welcome home, a new era begins… Berjuanglah sejiwa murni! tulis kenyataan KDA FC di Facebook pada Selasa bagi menggantikan Aidil Sharin Sahak.

Nafuzi, 44 yang membantu bekas kelab terdahulu, Terengganu FC mara ke final Piala Piala FA diperkenalkan kepada media di House of Sang Kenari, Kompleks Alor Setar, Kanchut hari ini.

Pelantikan Nafuzi sebagai Ketua Jurulatih KDA FC yang baharu diumumkan oleh Pemilik Majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali.

Kepulangannya kelihatan menggembirakan penyokong Kedah. Malah, pemain muda di Kedah pastinya mengalu-alukan kemahiran Nafuzi, yang sama seperti Aidil, seorang jurulatih yang mengutamakan bakat muda serta mengasah pemain menjadi bintang.

ARTIKEL BERKAITAN : KDA FC umum ketua jurulatih baharu hari ini ?

Nafuzi pernah mencipta sejarah sebagai pemain muncul kejuaraan treble bersama Hijau Kuning pada musim 2007.

Ketika mengendalikan Penyu musim ini, Nafuzi membantu pasukannya muncul naib juara Liga Super 2022, sekali gus meraih tiket Piala AFC 2023.

Terengganu juga mara ke separuh akhir Piala Malaysia sebelum tunduk kepada Selangor.

Pelantikan Nafuzi sebagai Ketua Jurulatih KDA FC yang baharu diumumkan oleh Pemilik Majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar pada satu majlis di House Of Sang Kenari, Kompleks Alor Setar, tengah hari tadi.

 

Selain Nafuzi, KDA FC turut mengumumkan Victor Andrag sebagai Penolong Ketua Jurulatih; Mohd Yazid Mohd Yassin sebagai Jurulatih Penjaga gol dan dibantu Abdul Hadi Abdul Hamid; Jurulatih Kecergasan dari Brazil, Antonio Silvio Santos Concalves; dan Fisioterapi juga dari Brazil, Helber Richard Quintana Silva.

“KDA FC juga telah menandatangani kontrak baru dengan beberapa pemain tempatan dan antarabangsa. Kita juga sedang dalam peringkat akhir mendapatkan perkhidmatan beberapa pemain tempatan dan antarabangsa. Jumlah keseluruhan pemain adalah 25 orang. Nama-nama mereka hanya akan diumumkan di masa hadapan,” kata Mohd Daud.

Sementara itu, Nafuzi menzahirkan rasa gembira dan teruja kerana KDA FC memberi peluang dan kepercayaan kepadanya untuk menabur bakti bersama pasukan itu.

Dia kini mahu memberi fokus untuk membentuk semula pasukan KDA FC yang kini dibarisi ramai pemain muda berbakat dan berpotensi.