KEDUDUKAN Liga Perdana Inggeris pada minggu kedua mengalami perubahan selepas Manchester City menang manakala pesaing mereka Manchester United tumbang.
Turun dengan status sebagai juara bertahan, Man City berjaya meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Newcastle United di Stadium Etihad, awal pagi Ahad.
Julian Alvarez menjadi wira kemenangan The Citizens hasil jaringan tunggalnya menentang Newcastle.
Keputusan ini meletakkan Man City di tempat kedua walaupun kedua-dua pasukan meraih enam mata dengan Brighton menduduki tangga teratas.
Brighton berada di tangga teratas Liga Perdana Inggeris kerana miliki kelebihan dua gol di hadapan Man City.
Ange Postecoglou wins his first home @SpursOfficial match ⚪️#TOTMUN pic.twitter.com/RNvvM6z43b
— Premier League (@premierleague) August 19, 2023
Sementara itu, Man Utd tewas apabila dalam kunjungan mereka ke markas Tottenham Hotspur di London. The Red Devils tewas 0-2 menerusi jaringan Pape Sarr dan gol sendiri Lisandro Martinez.
Keputusan negatif membuatkan MU jatuh ke tangga ke-10 dengan kutipan tiga mata. Manakala Tottenham naik ke kedudukan kelima dengan empat mata.
Kedudukan terbawah kini dihuni oleh Wolverhampton Wanderers, yang telah tewas dua kekalahan berturut-turut dalam dua perlawanan pertama mereka.