Select Page

Nasihat Rashid buat Zii Jia selepas penurunan prestasi.. “Kena ada jurulatih profesional”

Nasihat Rashid buat Zii Jia selepas penurunan prestasi.. “Kena ada jurulatih profesional”

LEGENDA badminton negara, Datuk Rashid Sidek berpandangan jaguh perseorangan badminton profesional, Lee Zii Jia, memerlukan seorang jurulatih profesional untuk memastikannya kembali berada dalam prestasi terbaik.

Menurutnya, ketika ini pemain berusia 24 tahun itu juga memerlukan perancangan dan satu pasukan yang lengkap untuk mengenalpasti kelemahan serta seterusnya meningkatkan prestasi.

“Kita tidak boleh nak cakap dari segi prestasi sahaja, kita sebagai pemain profesional memang asam garam nak dan turun prestasi tetapi yang penting kita perlu dapatkan sokongan untuk kembali berada dan kekal sebagai salah seorang pemain hebat.

“Kalau saya sendiri saya kena ada jurulatih dan satu pasukan yang bagus dari segi fizikal, persediaan mental dan urusan-urusan untuk kejohanan serta perjalanan.

Prestasi Zii Jia ketika ini menunjukan penurunan dan dia perlu segera mengatasinya.

“Paling penting dia hanya fokus untuk main sahaja dan lawan selain dari itu ada pasukan dia yang uruskan perkara-perkara lain.

“Sebab nak jadi seorang pemain hebat dan kekal diperingkat atas bukan senang, memang kena ada latihan yang teras, persediaan mental dan kena ada perancangan kejohanan, bukan sahaja nak pergi kejohanan tetap sasaran untuk memang dan itu yang sukar,” katanya.

Ditanya mengenai jurulatih yang perlu dilantik untuk membimbingnya sama ada tempatan mahupun luar, Rashid menyerahkan sepenuhnya kepada Zii Jia.

“Terpulanglah pada dia, sebagai pemain profesional dia sendiri boleh pilih jurulatih mana yang dia nak, daripada dia punya permainan itu dia perlukan jurulatih yang macam mana.

“Saya rasa dia boleh nilaikan dan pilih seorang jurulatih , dia nak yang sudaut serangan, bertahan atau semuannya, sebab jurulatih ini ada kelebihan dan corak latihan masing-masing,” tegasnya.

Zii Jia mengalami permulaan musim yang kurang baik tahun ini apabila dia terkandas awal dalam tiga kejohanan pertama yang disertainya.

Pemain berusia 24 tahun itu terkandas seawal pusingan pertama Terbuka Malaysia sebelum menamatkan Kejohanan Terbuka India dalam pusingan kedua  dan yang terbaru, dia turut terkandas dalam pusingan kedua Masters Indonesia.

Penurunan prestasi itu menyaksikan Zii Jia turut berdepan penurunan ranking dunia sebanyak dua anak tangga dari tangga kedua ke tangga keempat.