PENGADIL Malaysia, Muhammad Nazmi Nasaruddin didampingi oleh dua pembantunya, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid telah muncul dalam perlawanan Piala Juara-Juara Asia (ACL) 2023/24 dengan menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).

Sejarah itu telah dilakar apabila beliau dipilih untuk menjadi pengadil dalam aksi pertembungan antara Buriram United dan Zhejiang FC dari China yang berlangsung di Stadium Chang Arena, Thailand pada Rabu.

Nazmi yang telah menjelajah seluruh penjuru negara untuk memperoleh kelayakan ini akhirnya berjaya melalui penyertaannya dalam program latihan VAR di Arab Saudi.

Keunggulan ini menjadikan pengadil yang berusia 33 tahun serta dua pembantunya untuk meneruskan misi mereka dalam mengawal perlawanan signifikan di bawah bendera AFC yang mengaplikasikan teknologi VAR.

Tidak hanya itu, AFC sebelum ini juga telah bersepakat untuk melantik mereka menggalas tugas dalam perlawanan gergasi Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari 2024 yang akan datang.

Pada masa ini, Nazmi memperoleh lebih banyak kelebihan oleh kerana bakatnya yang dilihat oleh rakyat Malaysia juga sejurus menjadikan beliau antara pengadil terbaik selepas turut menjadi calon utama untuk dihantar ke Piala Dunia 2026 nanti.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini sedang giat melaksanakan program latihan dan pendidikan VAR kepada 40 pengadil yang lain sekaligus dapat melahirkan lebih ramai pengadil AFC Elite dari Malaysia ke perlawanan mega AFC dan FIFA yang menggunakan VAR.

Antara pengadil AFC Elite yang diharapkan oleh pihak FAM seperti Razlan Joffri Ali, Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah dan Suhaizi Shukri.

Jelas pencapaian yang telah diraih ini adalah titik pancar oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang berhasrat untuk FAM dan wakil-wakil Pengadil Malaysia muncul dalam pentas bola sepak Asia dan dunia.