PERSATUAN Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) telah menggantung Golden State Warriors, Draymond Green selama lima perlawanan tanpa bayaran kerana “meningkatkan perbalahan di gelanggang” pada Selasa menentang Minnesota Timberwolves, liga mengumumkan pada Rabu.

Green, salah seorang daripada tiga pemain yang dikeluarkan selepas pergaduhan semasa perlawanan kejohanan dalam musim, disekat kerana memegang dengan kuat Rudy Gobert di leher secara tidak beradab dan berbahaya,” kata naib presiden eksekutif NBA, Joe Dumars dalam satu kenyataan.

Dumars berkata bahawa rekod kelakuan tidak beradab Green memainkan peranan dalam tempoh hukuman itu.

Klay Thompson dan Jaden McDaniels, yang juga diusir, didenda $25,000 (RM117,212.50) bersama Gobert atas peranan mereka dalam insiden itu.

 

Sementara itu, Green akan terlepas dua perlawanan menentang Oklahoma City Thunder selain pertembungan dengan Houston Rockets, Phoenix Suns, dan San Antonio Spurs yang terakhir sebagai sebahagian daripada kejohanan dalam musim. Dia juga akan kehilangan $769,970 (RM3.61 juta) akibat hukuman itu.

Ini merupakan penggantungan yang kelima dalam kerjayanya. Baru-baru ini, Green digantung untuk permainan 3 pusingan pertama playoff menentang Sacramento musim lalu selepas Green memijak dada pemain Sacramento Kings, Domantas Sabonis. Dia turut disekat dalam perlawanan 5 NBA Finals 2016.

Hanya 100 saat selepas perlawanan pada Selasa, McDaniels dan Thompson bergelut sesama mereka dalam peralihan. Mereka mula menolak satu sama lain sehingga McDaniels mengoyakkan jersi Thompson dan Thompson mengayunkan lengannya ke McDaniels.

Ketika pemain lain meluru ke arah mereka berdua, Green memgang Gobert dengan headlock. Jurulatih dan pemain memaksa Green untuk melepaskan Gobert sementara yang lain memisahkan pergelutan antara McDaniels dan Thompson.

Golden State Warriors players complain to referee

Draymond Green (nombor 23) telah digantung lima kali dalam kerjayanya.

Gobert bagaimanapun menyuarakan ketidakpuasan hatinya dengan denda yang dikenakan selepas perlawanan Timberwolves menentang Suns pada malam Rabu.

“Setiap situasi berbeza, tetapi bagi saya, itu lebih daripada sekadar reaksi. Itu adalah serangan peribadi. Saya didenda ketika saya menjadi pendamai, dan saya memilih untuk mengangkat kedua-dua tangan saya ketika saya diserang, itu memalukan. Memalukan. Dan saya akan merayu denda itu.”

Terdahulu, Green mempunyai sejarah kontroversi dengan Gobert. Pada tahun 2019, Green mempersenda pemain besar Perancis itu kerana menangis apabila tidak dipilih sebagai All-Star pada tahun tersebut.

Green membangkitkan kejadian yang sama tiga tahun kemudian dalam siaran TNT, berkata: “Anda terus menyebut saya dalam ayat yang sama dengannya, kita tidak serupa.”

Ini merupakan penyingkiran kedua Green pada musim ini. Dia dikeluarkan ketika menentang Cleveland Cavaliers pada Sabtu selepas menerima dua kesalahan teknikal.