NETIZEN di tanah air menyuarakan kekecewaan mereka setelah Harimau Malaya B-22 dikalahkan Thailand 0-2 dalam aksi perlawanan Kumpulan B Sukan SEA 2023, pada Sabtu .
Bertanding di Stadium Prince,Phnom Penh, Malaysia B-22 gagal meneruskan aliran kemenangan yang terdahulu menang besar mengatasi Laos.
Tampil menyerang sejak minit awal, Malaysia terpaksa menerima hakikat bahawa dua pemain gantian Thailand, Anan Yodsangwal (73′) dan Yotsakorn Burapha (84′) berjaya merobek gawang dijaga Sikh Izhan Nazrel.
Kekalahan kepada Thailand menjadikan kedudukan Malaysia B-22 dalam kedudukan Kumpulan B tergelincir ke tangga ketiga. Vietnam masih di tangga teratas, diikuti Thailand di tempat kedua.
Keputusan buruk pada perlawanan kedua itu mendapat reaksi negatif segelintir netizen tempatan. Penyokong tegar Harimau Malaya B-22 kecewa dengan persembahan pasukan E Elavarasan menentang Thailand dan meluahkan emosi dan perasaan tidak puas hati menerusi Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia.
“Barisan tengah tiada fungsi, patut kalah. Kemasukan Haqimi Azim dan Najmuddin juga tidak dapat dilupakan. Bertahan juga, tetapi mungkin kami tidak mempunyai orang terakhir. Sebab itu setiap bola yang bolos kami lambat untuk menangkapnya.
“Sentuhan pertama, menggelecek, lalu ke laut. Jauh bezanya dengan Thailand. Kalau kalah tapi berlawan, hati puas sikit, dah teruk game. Kecewa.”
“Kualiti pemain Thailand tidak bagus. Tetapi mereka bermain dengan otak mereka. Pemain kami bermain hantaran lintang tetapi semuanya masuk ke laut. Hantaran pendek juga untuk pihak lawan.”
“Masih tidak berubah, banyak kesilapan mudah dilakukan dan lemah dalam membuat keputusan seterusnya, meninggalkan banyak peluang untuk pihak lawan.”
“Dari skuad senior hingga junior masalahnya tetap sama, menentang Thailand dan Vietnam, nak kalah dari awal.
“Adakah pasukan lawan bermain lebih 11 orang? Stamina lawan sudah habis? Asalkan bola kalah, lawan pasti dapat, kalau lawan kalah bola boleh diambil lagi, hmm macam mana?”