KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail tampil menjelaskan isu viral melibatkan bekas atlet renang paralimpik, Koh Lee Peng yang dilihat meraih simpati netizen membuatkan seolah-olah pihak Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) dan Majlis Sukan Negara (MSN) enggan membantunya.

Jelas beliau, Lee Peng telah beberapa kali diajak berbincang oleh MSN dan Yakeb, namun dia telah menolak untuk menerima bantuan dari pihak terbabit.

Tindakan bekas atlet renang para yang memakai kalungan pingat dan jersi Malaysia di kaki lima Pavillion adalah tidak menyenangka pihak MSN.

“Perkara ini timbul dimulakan pada 2019,  semasa Covid-19 melanda. Isu ini ini timbul apabila netizen melakonkan sesuatu dalam memviralkan isu Lee Peng.

Ahmad Shapawi mengulas mengenai isu bekas atlet paralimpik negara yang berniaja di kaki lima.

“Pelbagai usaha telah dibuat untuk mendekati dia dan juga berbincang dengannya bukan sahaja dari Yakeb, menteri, MSN, Timbalan Menteri tetapi reaksi negatif darinya menegaskan dia tidak membuat suatu kesalahan yang besar dengan meniaga secara kecil-kecilan di situ menyebabkan sukar untuk kita bantu.

“Tindakan netizen yang menggunakan imej yang dipamerkan Lee Peng sebagai suatu imej yang menggambarkan dia terabai, ia adalah satu elemen yang perlu diperhatikan. Itu merupakan satu melariskan barangannya.

“Dalam konteks yang disebutkan tadi, dia juga akan memberi persepsi negatif, bahawa bekas-bekas atlet dilihat dalam keadaan terlantar dan sebagainya,” jelasnya ketika ditemui semasa sidang media di Bukit Jalil pada Jumaat.

Ebit turut membantu Lee Peng membeli barangan  keperluan ketika bertemu dengan atlet tersebut. Foto: FB Ebit Lew

Sementara itu, Pengerusi Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata Lee Peng pernah membuat permintaan yang tidak masuk akal dengan meminta sejumlah wang sebagai deposit sebuah kondo dan wang bulanan namun penaja telah menolak permintaan tersebut.

Jelasnya, Yakeb pernah memberi bantuan gerai untuk dia selesa berniaga serta turut ditawarkan menjadi jurulatih namun ianya ditolak mentah-mentah Lee Peng.

“Dia memang pernah memohon untuk tapak letak kereta untuk kondo mewah di Pulau Pinang. Dia juga memohon untuk kita membaiki motosikalnya.

“Dia juga meminta untuk dapatkan sebuah kondo bernilai sewa sehingga RM5,000, jadi dia bertanya kepada penaja kita. Dia nak deposit RM20,000.00 dan bulanan RM5, 000 tetapi penaja tersebut telah menolak.

“Kita juga memberi peluang untuk mendapatkan gerai di LRT di bawah DBKL. Dia juga tidak mahu. Dia hendak meniaga di Pavillion. Di Pulau Pinang pun dia menolak untuk ada gerai untuknya.

“Alasannya, bagi kita rasa dia ingin meraih simpati kerana sekiranya di gerai kurang mendapat simpati. Dia juga tidak mahu jadi jurulatih. Satu kotak tisu yang berharga RM50 dan dia ada satu tabung khas ODP Enterprise, bila kita siasat itu adalah satu syarikat, “katanya.

Meskipun isu tersebut dilihat sudah menjadi barah dalam kalangan warganet, namun Shapawi menyeru masyarakat untuk tidak melakukan sebarang spekulasi dan memandangnya dari sudut yang positif.

Turut hadir sidang media tersebut adalah dua atlet paralimpik, Rahim Yusof dan Koh Abdullah serta seorang bekas atlet rejam lembing, Norsham Yoon.