NEWCASTLE United kini sah berada di empat tempat teratas sekali gus melayakkan skuad tersebut untuk ke Liga Juara-Juara untuk kali yang pertama selepas 20 tahun menanti.
Skuad bimbingan Eddie Howe itu berjaya meraih mata yang diperlukan dalam memastikan kedudukan empat teratas dan tempat ke Liga Juara-Juara pada musim depan.
Kali terakhir Newcastle menduduki tempat empat teratas adalah pada Mei 2002 yang lalu ketika di kendalikan oleh Sir Bobby Robson dan seterusnya mencecah 11 tahun sejak kali terakhir mereka layak ke Eropah dengan menduduki tempat kelima pada 2012 di bawah Alan Pardew.
Dalam pada itu, Newcastle mencatatkan kebangkitan yang luar biasa sejak Mike Ashley menjual kepada PIF Saudi dan consortium Amanda Staveley pada Oktober 2021.
Selain itu, Eddie Howe juga berjaya menghasilkan pencapaian membanggakan setelah berjaya membentuk satu pasukan yang berada di tempat empat teratas selepas Newcastle berada di tangga ke-19 dalam liga dalam tujuh perlawanan dengan hanya tiga mata.
Selepas sembilan musim dalam Liga Perdana Inggeris termasuk kemenangan yang berjaya diraih serta kemenangan dalam Piala FA pada dua musim lalu, kedudukan Newcastle kemungkinan akan terjejas melainkan mereka berjaya menewaskan West Ham pada hujung minggu ini.