PROGRAM Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) sekali lagi berdukacita diatas pemergian seorang lagi pelatih dalam program ini Mazhakimi Mazdi yang meninggal dunia petang Ahad.
Menurut kenyataan Majlis Sukan Negara (MSN), Allahyarham terlibat dengan kemalangan jalan raya sebelum ini menghembuskan nafasnya terakhir pada pukul 7 malam semalam.
“Allahyarham merupakan Bekas Pelatih Akademi Tunas Sentul (2018-2019) dan kini menuntut di Sekolah Sukan Negeri (SSN) Seberang Temerloh, Pahang.
“Mazhakimi merupakan pemain utama dalam pasukan bola sepak bawah 15 tahun SSN Pahang dan seorang yang mempunyai prospek besar untuk berjaya sebagai seorang pemain bola sepak profesional.
“Bersama kita doakan agar rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman.”
Mac lalu Akademi Mokhtar Dahari (AMD) turut kehilangan seorang pemain berbakat Muhammad Saiful Ezzudin Mustaffa yang disahkan meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di sungai bersama rakan-rakan.