ATLET terjun negara, Nur Dhabitah Sabri menggandakan teknik latihan terjun sebelum menghadapi temasya Sukan SEA Vietnam yang bakal bermula tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian di Facebook, Nur Dhabitah, mempertingkatkan prestasi diri dengan melakukan latihan ‘flip-flip‘ iaitu membuat latihan akrobatik rendah.

Perkongsian itu mendapat komen baik dan respon lucu yang rata-ratanya kagum cara latihan dibuat Nur Dhabitah.

Seloroh Iman Alvin, memang termuntah balik nasi kandar yang dimakan semasa Subuh tadi.

Khadijah Rahman pula menulis : “Ni kalau aku yang buat, berpusing sistem peranakan aku dalam tu”.

Sementara itu, kata-kata semangat ditulis oleh Sabran Abd Bahar.

“Moga Bitah terus sukses dan cemerlang mengharumkan nama negara di pentas dunia,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Nur Dhabitah juga dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang pada temasya Sukan SEA Hanoi di Vietnam yang akan bermula 12 hingga 23 Mei ini.

Dia bakal bergandingan bersama Datuk Pandelela Rinong terjunan dalam acara 10 meter (m) platform seirama.

BIODATA:

Nama: Nur Dhabitah Sabri
Tarikh Lahir: 12 Julai 1999 (23 Tahun)
Tempat Lahir: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pencapaian:
– Sukan Olimpik 2020 (Tempat ke-4)
– Sukan Olimpik 2016
– Sukan Asia 2018 (1 Perak, 2 Gangsa) & 2014 (Tempat ke-6)
– Sukan Komanwel 2018 (2 Gangsa) & 2014 (1 Gangsa)
– Sukan SEA 2013, 2015, 2017 & 2019 – Emas

Acara di Sukan SEA Vietnam:
– 1M Papan Anjal Individu – 8 Mei 22
– 10M Platform Seirama – 11 Mei 22
– Upacara Pembukaan – 12 Mei 22