NICOL David Organisation (NDO) ditubuhkan bagi menjejak serta melahirkan lebih ramai lagi pelapis muda dalam sukan skuasy di negara ni.

Ratu Skuasy Negara selaku pengasas, Datuk Nicol Ann David berkata, selain daripada skuasy, beliau juga menggalakkan orang awam tentang kesedaran untuk bersukan sebagai satu usaha menjadi lebih sihat.

 

“Untuk diri saya sendiri, saya lebih gemar untuk membawa kebaikan bersukan kepada orang ramai dan menyeru untuk lebih ramai lagi melibatkan diri selain daripada sukan skuasy.

“Terima kasih kepada AIA Malaysia dan juga pengamal media yang hadir pada hari ini untuk merasai sendiri pengalaman belajar bermain sukan tersebut,” kata Nicol ketika ditemurah selepas program ‘Squash it with Nicol David! pada Jumaat.

Nicol bersama AIA Malaysia dan peserta program.

Selaras dengan misi utama program tersebut iaitu One Billion Healthier, Longer, Better Lives, Nicol yang dibantu Pengarah Eksekutif NDO, Mariana de Reyes sendiri telah membuka peluang kepada peramal media untuk berlatih bermain skuasy bersama beliau.

Nicol mengharapkan orang ramai akan lebih celik minda berkaitan sukan skuasy selain dari aktiviti-aktiviti baru yang bakal diperkenalkan dibawah pertubuhan NDO akan datang sekaligus menjadikan orang awam sebagai fokus utama selain dari kanak-kanak untuk aktif bersukan.

Mengulas lanjut kerjasama beliau dengan AIA Malaysia, Nicol menekankan hubungan yang terjalin itu adalah kukuh demi menyeru kepada orang ramai untuk menjadi lebih sihat dengan cara bersukan.

“Saya juga merupakan duta kepada AIA Malaysia sejak tahun 2020 dan kini mereka juga masih mengekalkan saya sebagai rakan kongsi.

“Hubungan rakan kongsi ini merupakan hubungan yang kukuh dan kami saling menyokong antara satu sama lain serta mampu bergerak lebih kuat lagi untuk memastikan orang ramai lebih sihat,” tambahnya lagi.