PEMBANTU ketua jurulatih Selangor FC Nidzam Jamil tampil memberi sokongan moral kepada pemain pertahanannya, Yazan Al-Arab yang dicalit dengan isu kekasaran terhadap pengadil pada aksi suku akhir Piala Malaysia beberapa hari lalu.
Nidzam memuatnaik status di IG Story miliknya mengenai pemain kelahiran Jordan berusia 27 tahun itu.
“I know you personally as an individual and a player. You have always been professional and kind-hearted. Things happened.
“What you did was an uncontrollable act. Yes, it was wrong and unfortunate and you admit it.
“We, as family in Selangor FC will always support you. No matter rain or shine,” tulis Nidzam.
Yazan sehingga kini masih menjadi bualan peminat-peminat bola sepak tanah air apabila membuat ‘kejutan’ di luar kawalan dengan menyepak bahagian belakang pengadil Mohd Hasrol Mohd Amir selepas dia dilayangkan kad merah.
ARTIKEL BERKAITAN: Sepak Pengadil: “Tamatkan kontrak, hantar dia balik elok-elok”
Insiden tersebut menjadi viral dan dianggap satu perlakuan yang biadap.