NIGERIA menewaskan Amerika Syarikat (AS) menerusi sepakan penalty untuk melangkah ke separuh akhir FIFA Piala Dunia Wanita bawah 17 tahun (B17).

Kemenangan 4-3 ke atas AS itu menjadikan Nigersia pasukan kedua dari negara Afrika melayakkan diri ke separuh akhir Piala Dunia Wanita B17.

Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat masa sebenar permainan pada perlawanan suku akhir di Stadium DY Patil, yang menyaksikan perlawanan ditunda dua jam akibat cuaca buruk.

Omamuzo Edafe meletakkan Nigeria didepan menerusi gol pada minit ke -27, namun kelebihan itu dipadam Amalia Villareal pada minit ke-40, sekali gus menyamakan kedudukan buat aS.

Pada penentuan sepakan penalti, Edidiong Etim, Edet Offiong, Miracle Usani, Emeri Adames dan Taylor Mia Berjaya menjaringkan gol namun Folorunsho gagal menepati sasaran, sekali gus membolehkan Nigeria menang 4-3.

AS yang juga juara Concacaf serta naib juara Piala Dunia 2008 tentunya kecewa dengan penyingkiran itu.

Ini adalah pencapaian terbaik Nigeria di Piala Dunia apabila melangkah ke separuh akhir daripada enam penampilan.

Juara Afrika itu tiga kali disingkir di peringkat suku akhir, pada edisi 2010, 2012 dan 2014.

Ghana muncul satu-satunya negara Afrika melangkah ke separuh akhir iaitu pada edisi 2012 sebelum Nigeria menyamai pencapaian itu tahun ini.