PENYERANG RB Leipzig, Christopher Nkunku sah diketepikan daripada kejohanan Piala Dunia 2022 kerana mengalami masalah kecederaan semasa latihan di bahagian kaki serta lututnya.
Dia bakal mengiringi bintang Perancis, N’golo Kante dan Paul Pogba dalam saingan Piala Dunia kali ini.
“Kecederaan dalam latihan menyebabkan Christopher Nkunku terpaksa melupakan Piala Dunia.
“Seluruh pasukan berkongsi kesedihan Christopher dan mendoakan agar dia cepat sembuh,” kata skuad kebangsaan Perancis dalam satu kenyataan hari ini.
Injured in training, Christopher Nkunku drops out of the World Cup. The whole group shares Christopher's sadness and wishes him a speedy recovery 💙 @c_nk97
#FiersdetreBleus pic.twitter.com/cnpEtH4476— French Team ⭐⭐ (@FrenchTeam) November 15, 2022
Setakat ini, pemain berusia 25 tahun itu berjaya menjaringkan 12 gol bersama RB Leipzig dalam aksi Bundesliga manakala berjaya menyumbat 3 gol dalam enam penampilannya di saingan Liga Juara-Juara.
Perancis bakal bersaing di peringkat kumpulan bersama Australia, Denmark dan Tunisia dalam kumpulan D.