CAMERON Norriie menundukkan juara bertahan, Carlos Alcaraz 5-7, 6-4, 7-5 pada saingan Tenis Terbuka Rio.

Keputusan itu menyaksikan pemain kelahiran Britain berjaya membalas dendam pada final kejohanan sama tahun lalu dan juga kekalahan Norie kepada pemain Sepanyol itu pada final Terbuka Argentina, minggu lalu.

Alcaraz berkemungkinan dapat mengumpul jumlah mata yang sama dengan dengan Novak Djokovic untuk berkongsi kedudukan ranking nombor satu ATP jika dia memenangi gelaran di Rio, namun nampaknya bintang lagenda Serbia itu akan kekal di puncak berseorangan.

Kemenangan Norrie ke atas Alcaraz itu membolehkannya meraih gelaran keliat ATP sepanjang keriernya selepas menjulang kejuaraan pertama di Terbuka Lyon pada Mei 2022.

Begitupun, kejayaan tidak hadir dengan mnudah buat Norrie yang hanya mencapai kejayaan selepas menyaingi Alcaraz hingga ke set terakhir, terutamanya ketika lawannya itu mula bergelut dengan kecederaan kaki.

“Kemenangan ini sangat istimewa, terutamanya selepas saya tewas final kepadanya tahun ini dan saya sedar, saya boleh memenanginya dalam situasi amat sukar,” kata Norrie.

“Saya mencuri satu set dan mendahului 30-0 ketika memegang servis pada set teerakhir, ia menjadi hari yang amat baik.”

Justeru, Norrie kini mendahului senarai pemenangan 2023, dengan 18 kemenangan dan tiga kali tewas, iaitu termasuk kekalahahan di Terbuka Argentina dan tewas kepada Richard Gasquets di Final Terbuka Auckland Januari lalu. – Agensi