BEKAS Juara Dunia dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik dari Indonesia, Nova Widianto dilantik sebagai jurulatih beregu campuran negara.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan, membuat pengumuman itu, sekaligus mengesahkan Nova, 45, akan mengendalikan pemain beregu campuran kebangsaan dengan kontrak selama dua2 tahun berkuatkuasa Januari 2023.
OFFICIAL: BAM APPOINTS COACH NOVA
The national mixed doubles players are set to benefit extensively from the hiring of renowned two-time former mixed doubles world champion, Nova Widianto as the national coach.
Read in FULL➡️ https://t.co/dkCYUuSeWJ#GemilangkanLagi pic.twitter.com/AlLWnwv82I
— BAM (@BA_Malaysia) December 21, 2022
“Nova akan melapor diri kepada Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM, Rexy Mainaky.
“Pemain beregu campuran kebangsaan sangat teruja dengan kehadiran jurulatih berkarisma itu untuk membantu mereka.”
Nova muncul juara dunia 2005 dan 2007 bersama bersama Liliyana Natsir, turut meraih pingat perak Sukan Olimpik 2008.
“Pengalaman dan kepakaran Nova dalam beregu campuran amat penting dalam usaha memastikan pemain beregu campuran memungut mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024,” kata Rexy.
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menetapkan kejohanan bagi memungut mata kelayakan ke Sukan Olimpik bermula Mei tahun hadapan.