SETELAH sekian lama mengekori Roger Federer dan Rafael Nadal, yang menjadi kayu pengukur kejayaan diri, kini Novak Djokovic berpeluang mengatasi pencapaian terbaik dua bintang tenis dunia itu.

Hanya jaring di Philippe Chatrier dan Casper Ruud dari Norway boleh menghalangnya daripada menjuarai gelaran Grand Slam ke-23 perseorangan lelaki.

Ketiadaan Federer yang mengumumkan persaraan tahun lalu dan Nadal yang tidak bermain sejak Januari akibat kecederaan pinggul dan menjalani pembedahan arthroscopic di Roland Garros, raket di tangan Djokovic bersedia memburu gelaran dan mengatasi pencapaian yang dimiliki dua bintang itu.

Pencapaian dikejar Djokovic itu bermula dengan lakaran sejarah dimiliki lawannya pada 2011, Ketika Federer memegang 16 kejuaraan utama, Nadal dengan sembilan kejuaraan manakala Djokovic hanya satu.

Novak Djokovic melangkah ke final Terbuka Perancis, singkir pemain nombor 1 dunia Sepanyol, Carlos Alcaraz di separuh akhir Terbuka Perancis, kini buru gelaran Grand Slam ke-23. -Agensi

Sejak itu, Djokovic mula mengorak Langkah, mengumpul 10 daripada 19 Grand Slam terakhir dan menegaskan tidak akan berhenti.

Federer telah bersara ketika mengumpull 20 gelaran, Djokovic dan Nadal pula kini terikat dengan 22 Grand Slam.

Dalam sejarah tenis dunia, hanya Serena William Amerika Syarikat) meraih gelaran terbanyak dalam era tenis terbuka apabila sudah mengumpul 23 Grand Slam, manakala Margaret Court (Australia) mengumpul 24 gelaran pada era amatur.

“Saya letakkan diri saya dalam posisi memburu satu lagi gelaran Grand Slam dan saya amat gembira kerana kebanyakan perlawanan yang saya sertai, ada kaitan sejarahnya.

“Saya suka dan berasa ia satu keistimewaan luar biasa untuk terus melakar sejarah,” kata Djokovic selepas menyingkir pemain nombor 1 dunia dari Sepanyol, Carloos Alcaraz di separuh akhir Rolan Garros, semalam. -Agensi